Saturday, October 2, 2010

Futsal 1 Belia 1 Malaysia.

1. tahniah kepada kejayaan penganjuran Futsal 1 Belia 1 Malaysia. ini kali pertama pertandingan Futsal 1 Belia 1 Malaysia diadakan di Parlimen LA. penyertaan juga amat menggalakkan, sehinggakan saringan terpaksa diadakan tanpa henti dari pukul 8-5. berhenti rehat tgh hari pun tidak. syabas diucapkan kepada semua.

2. kepada belia2 di parlimen ini yang sinonim dengan 4P(penginsap,pengirup enggau pejudi, penyabong), diharapkan agar anda semua kurangkanlah aktiviti yang tidak membawa sebarang kebaikan itu. kurangkan ngirup langkau. Pesan aku, ngagai semua belia2 ke 3p nya, ngirup ang sampai mabuk, bejudi anang puk. ANANG SEKALI2 KITA SEMUA TERJEBAK ENGGAU DADAH....

3. kerajaan sudah menyediakan gelanggang 4 buah gelanggang dalam parlimen ini. 2 di engkelili ( jelukong dan skrang) dan 2 lagi di Lubok antu (lubok subong dan Empit) dengan tambahan 2 lagi gelanggang, (Merindun dan Ng. Kumpang). gunakan kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

4. bagi permintaan tuai rumah di SPS batang ai yang memohon gelanggang futsal, kerajaan sedia membinanya. cuma cari tapak@ tanah yang sesuai...

Wednesday, September 1, 2010

MISKIN TEGAR & 1 AZAM TANI

1. Golongan miskin tegar kini boleh menarik nafas lega. Kini terdapat lagi satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar. antara bantuan yang diberikan adlah seperti bantuan pernanian.

2. Strategi ini adalah untuk membantu golongan ini meningkatkan pendapatan dalam jangka masa panjang. Antara bantuan yang boleh diberikan adalah seperti bantuan menanam sayuran, penternakan (ayam, babi) dan lain- lain bantuan yang difikirkan sesuai. Matlamat program ini adalah untuk membolehkan mereka meneruskan kesinambungan projek ini setelah diberikan bantuan.

3. Namun adakah golongan yang dikategorikan sebagai golongan miskin tegar ini mampu MENINGKATKAN bantuan setelah diberi bantuan. Seperti yang kita sedia maklum, golongan yang dikategorikan sebagai miskin tegar ini, hendak membina reban ayam pun belum tentu dapat dibuat. mungkin ada yang akan menjual projek itu kepada orang lain. Akhirnya akan menguntungkan kontraktor yang membekalkan barang. Berikut adalah beberapa kelemahan yang telah diutarakan semasa sesi mesyuarat yang lepas.

A. Ayam
  • Masalah utama adalah berkaitan pasaran dan juga baja. Jika dapat diternak sekalipun, belum pasti ada pasaran. Bagi peserta yang terletak di hulu sungai, siapa yang hendak membeli. Begitu juga sekiranya kita membekalkan makanan( katakan 20 guni), habis 20 guni makanan, program itu tidak kemana, pasti berhenti setakat itu sahaja
B. Kambing
  • hendak menternak kambing? sekiranya diberi peluang menternak seekor kambing, dapat membesarkan seekor kambing itu sahaja sudah cukup bagus dan dianggap berjaya. Kena ada pengetahuan untuk menangani masalah penyakit dan cacing2...
c. Babi
  • Ini mungkin ada harapan sedikit. senang dipelihara kerana haiwan ini akan makan apa sahaja. Senang dipelihara. Namun bagi skala besar, tidak sesuai bagi golongan miskin tegar.
D. menternak Lintah
  • cadangan paling tidak logik yang pernah diutarakan sewaktu sesi mesyuarat. Hendak memegang pun terasa geli, apatah lagi hendak menternak.
4. Cadangan Terbaik yang patut diberikan kepada golongan ini adalah memberi mereka anak pokok getah. walaupun tidak membantu mereka dalam jangka masa pendek, tetapi dalam jangka masa panjang ia akan membantu mereka. golongan yang banyak duit pada hari ini adalah golongan yang menoreh getah.

Wednesday, August 25, 2010

Banjir

1. Daerah ini teruk dilanda banjir minggu lepas sehingga ada beberapa tempat terputus dengan dunia luar.









2. Bantuan kecemasan telah dipohon dan akan disalurkan kepada mereka yang terjejas secepat mungkin.

3. Diharapkan mereka yang terjejas bersabarlah menunggu bantuan tiba....

Monday, August 16, 2010

JKKK N28 Engkelili dan N.29 Batang Ai

1. Memohon kerjasama JKKK yang tersenarai dalam fail iniagar dapat menghantar salinan buku akaun ke Pejabat YB dengan kadar segera, terutamanya JKKK dalam area N28 Engkilili. (klik pada gambar...)



2. Ia bagi memudahkan YB mengagihkan peruntukan dengankadar segera tanpa meninggalkan mana mana JKKK.

TQ...

Aktiviti 8-15 Ogos 2010

Rumah Baba Ng Kapu



2. Sk Menjuau

Tuesday, August 10, 2010

Sedutan teks Bahas Bajet 2010

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Lubok Antu.

Tuan William Nyallau [Lubok Antu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi saya peluang untuk turut serta berbahas sempena pembentangan Bajet 2010 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, yang mana bertemakan ‘1Malaysia Kemakmuran Bersama’. Bajet tersebut tidak lebih daripada Yang Berhormat Kapit kelihatan gembira dan begitu juga Yang Berhormat Lawas dan Yang Berhormat Simunjan. Walaupun demikian saya juga berharap kawasan-kawasan primer lain di Sarawak akan mendapat dari bajet tersebut.

Kerana peluang ini, terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kerana telah melawat Lubok Antu pada bulan Julai yang lalu untuk mengucapkan terima kasih kepada penduduk Batang Ai kerana mengundi Barisan Nasional. Walaupun demikian ada yang mengatakan penduduk Batang Ai adalah pengundi Barisan Nasional kerana masih memakai cawat. Saya fikir baru-baru ini di Bagan Pinang, lebih 5000 majoriti Barisan Nasional juga menang. Di sini saya ingin mengatakan bukan penduduk Lubok Antu memakai cawat mengundi Barisan Nasional tetapi kerana Barisan Nasional adalah harapan kami untuk mendapatkan, membantu khasnya kami yang di luar bandar bagi memajukan projek-projek yang amat kami perlukan.

Berbalik kepada perkara yang diketengahkan mengenai kawasan saya, saya sebagai Wakil Rakyat mewakili penduduk luar bandar sudah tentu perkara-perkara yang diketengahkan adalah berhubung kait mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat luar bandar.

Masalah-masalah luar bandar sudah tentu kerana masih kekurangan keperluan asas seperti jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik serta penduduk-penduduk luar bandar yang kebanyakan daripada mereka masih kekurangan pendidikan, kekurangan sumber kewangan tetapi mereka mempunyai kelebihan iaitu melalui aspek banyak tanah yang masih terbiar untuk dimajukan di Sarawak. Dengan itu saya ingin mengesyorkan kepada pihak kerajaan supaya memberi fokus bagaimana hendak meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar dengan membangunkan khasnya tanah adat bumiputera yang sudah lama terbiar. Tanaman yang saya cadangkan adalah tanaman getah, kerana ia salah satu sebab yang paling sesuai untuk meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar khasnya di Sarawak. Dalam perkara ini saya cadangkan agar pihak RISDA yang telah pun mengembangkan sayapnya ke Sarawak sejak satu tahun yang lalu.

Saya amat gembira sekali dari jawapan Yang Berhormat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada soalan dari Yang Berhormat Kapit yang mengatakan tiada masalah untuk memajukan tanah-tanah hak bumiputera, menggunakan kuasa penghulu atau kuasa pihak negeri Sarawak. Dengan ini saya berharap sangat pihak RISDA supaya lebih agresif untuk membuat pertanian makanan dan memajukan pekebun kecil, kerana di Sarawak pekebun kecil adalah satu-satunya yang memberi pendapatan yang amat lumayan kepada penduduk-penduduk luar bandar.

Satu lagi pertanian yang saya syorkan ialah tanaman sawit. Mengikut rekod di pihak MPOB kawasan Sarawak, sebanyak 10,000 permohonan untuk mendapatkan bekalan benih sawit berkualiti dan bekalan baja. Akan tetapi peruntukan di Rancangan Malaysia Ketujuh, hanya RM7 juta sahaja untuk diagihkan kepada Sarawak. Peruntukan ini hanya dapat meluluskan di antara 300 hingga 500 permohonan sahaja. Jadi oleh kerana permintaan untuk mendapatkan insentif benih sawit yang berkualiti, saya memohon supaya lebih banyak lagi peruntukan diberi pada MPOB supaya penduduk-penduduk yang mengusahakan pekebun-pekebun kecil ladang sawit akan dapat memperkembangkan atau memperluaskan projek-projek ladang sawit mereka.

Satu lagi saya syorkan, untuk projek-projek di kawasan Lubok Antu adalah penternakan ikan akuakultur di empangan Batang Ai. Kawasan Batang Ai amatlah sesuai sekali untuk penternakan ikan tilapia akuakultur disebabkan air yang bersih dan jernih yang boleh mengeluarkan ikan tilapia yang berkualiti. Sehubungan dengan itu, semasa lawatan Yang Amat Berhormat ke Lubok Antu, pada masa itu beliau telah mengumumkan akan membesarkan projek akuakultur di empangan Batang Ai sebagai hab makanan bagi ikan air tawar untuk sekolah-sekolah seluruh Sarawak.

Saya harap pengumuman ini bukan semata-mata pengumuman, saya harap ianya akan jadi kenyataan kerana kebanyakan penternak akuakultur di Batang Ai sejak kenaikan harga minyak dan harga baja pada masa itu mereka sudah gulung tikar. Jikalau perkara ini berlaku saya harap mereka yang pernah membuat penternakan akuakultur ini diambil perhatian, diberi keutamaan di masa akan datang.

Perkara keempat yang saya hendak ketengahkan di sini adalah prasarana luar bandar. Dalam pembentangan bajet oleh Yang Amat Berhormat, beliau telah mengumumkan RM2.3 bilion untuk membina dan menaik taraf infrastructure di kawasan luar bandar termasuk RM857 juta untuk pembinaan 510km panjang jalan luar bandar dan 311km jalan kampung. Jadi saya berharap peruntukan ini juga akan dikembangkan ke kawasan-kawasan Parlimen lain termasuk Lubok Antu. Jalan-jalan yang saya rujukkan di sini adalah jalan Ulu Skrang yang menghubungi lebih kurang 50 rumah panjang, lima sekolah rendah, sebuah klinik dengan penduduk lebih 5,000 orang. Mereka yang tinggal di kawasan ini hanya dapat menggunakan sungai sebagai mod pengangkutan jalan untuk mereka turun, naik ke pasar sama ada berurusan dengan kerajaan atau membawa hasil mereka. Di sini saya ingin mengambil satu insiden yang belum lama berlaku, di mana perempuan yang mengandung hendak melahirkan anak dibawa ke klinik terpaksa melahirkan anak di perahu. Jadi saya berharap kawasan ini diambil perhatian dengan serius oleh kerajaan.

Satu lagi jalan yang saya pohon di sini adalah jalan Hulu Lemanak, jalan Ulu Karing. Jalan tersebut baru sahaja diumumkan kelulusannya untuk pembinaan hanya 7km sahaja. Saya harap, oleh kerana jalan ini yang jauhnya 36km lebih, bererti masih banyak kewangan diperlukan. Kawasan ini serupa dengan Ulu Sekerang yang menggunakan pengangkutan untuk turun naik ke bandar hanya melalui sungai sahaja.

Saya juga merujuk kepada ucapan Yang Amat Berhormat mengenai antara lain untuk memantapkan sistem bank, perbankan dan kewangan. Akan tetapi sangat menyesalnya di Pekan Lubuk Antu jangan dikatakan tiada bank, satu bank pun tidak ada. Jadi orang Lubuk Antu hanya berurusan dengan bank di bandar Sri Aman yang jaraknya adalah 80km. Jadi sebab-sebab yang dijawab oleh Timbalan Menteri pada masa itu amatlah tidak tepat. Kawasan Lubuk Antu mempunyai penduduk lebih kurang 30,000 orang, ekonomi, aktiviti di Lubuk Antu ada dua puluh lima kedai, tiga pasar tani, dua puluh empat kedai sedang dalam pembinaan, dua buah sekolah menengah, dua puluh buah sekolah rendah, 13,000 hektar ladang sawit yang dibangunkan oleh SALCRA dan satu lagi oleh pihak swasta dan sebuah lagi kilang sawit.

Mengikut rekod perbendaharaan di pejabat daerah, transaksi kerajaan di pejabat daerah adalah di antara 500,000 hingga 700,000 satu bulan, tidak termasuk mereka yang berurus adalah pegawai-pegawai kerajaan, ladang-ladang yang berurus dengan bank di Sri Aman. Jadi dengan justifikasi ini, saya berharap pihak kerajaan yang berkuasa, yang ada kuasa dengan bank seperti Bank Simpanan Nasional atau Agrobank supaya mempertimbangkan, membuat atau mengarahkan supaya bank-bank ini membuka cawangan beroperasi di Lubok Antu.

Tuan Yang di-Pertua, satu lagi saya ambil perhatian ini adalah ucapan yang dinyatakan oleh Yang Amat Berhormat ialah meningkatkan modal insan dan menggalakkan kemahiran tenaga kerja seperti yang diumumkan dalam Bajet 2010. Kerajaan telah meluluskan RM1.3 bilion bagi membiayai pengurusan dan naik taraf politeknik dan kolej-kolej di seluruh Malaysia. Di Sarawak politeknik dan kolej hanya terdapat di bandar-bandar tetapi di luar bandar tidak ada, penduduk luar bandar tidak dapat menghantar anak mereka kerana mereka kesuntukan wang dan saya memohon supaya satu politeknik akan dibuat di kawasan saya untuk menempatkan anak-anak di luar bandar dari bahagian Sri Aman, Betong dan Sarikei. Dengan berbuat demikian, anak-anak kita di luar bandar akan dapat menikmati kemahiran untuk mereka bekerja di bandar-bandar dan lebih-lebih lagi untuk persediaan kerana SCORE akan dibina di negeri Sarawak, yang saya dimaklumkan sebanyak 1.5 juta kerja-kerja akan ditempatkan di kawasan tersebut nanti. Oleh yang demikian, saya berharap kerajaan akan pertimbangkan kerana tapak untuk poliklinik ini sudah diluluskan oleh kerajaan negeri baru-baru ini.

Di samping itu saya ingin mengambil perhatian masalah Sekolah Menengah Lubok Antu. Sekolah Menengah Lubok Antu telah dirancang dan dibina untuk penempatan Tingkatan Tiga sahaja. Setelah 10 tahun yang lepas, ia dinaiktarafkan sekolah menengah untuk penempatan sehingga Tingkatan Lima. Akan tetapi bilik asrama, bilik kelas, dan bilik guru tidak pernah ditambah dan mereka tinggal seperti sardin di asrama begitu juga di kelas yang sesak sudah tentu akan menurunkan prestasi mereka sedangkan mereka adalah orang yang tinggal di luar bandar. Begitu juga bilik-bilik guru di SMK Lubok Antu mereka terpaksa kongsi satu meja untuk mereka duduk membuat tugas-tugas mereka.Oleh itu, saya harap kerajaan mengambil tindakan serius untuk menangani masalah ini dengan kadar yang segera.

Satu lagi adalah aspek menambahkan kemudahan kesihatan. Saya bersetuju dengan saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang ingin menempatkan Klinik 1Malaysia di tempat perumahan atau di bandar-bandar supaya kesesakan di klinik klinik kerana saya sendiri pernah merasai untuk mendapatkan rawatan di poliklinik menunggu sampai 4-5 jam. Jadi saya rasa program ini sudah tentu akan menyelesaikan masalah orang yang sakit seperti demam, batuk, dan selesema. Jadi saya berharap walaupun program ini akan dilaksanakan tetapi saya memohon supaya jangan lupa mereka ini luar bandar dan seharusnya diambil perhatian.

Contohnya di Lubok Antu, Klinik Desa Lubok Antu telah dibina 50 tahun lepas dan ianya memerlukan klinik yang lebih selesa dan tapak pun sudah sedia ada. Jadi tiada sebab ianya tidak dapat dibina. Begitu juga Klinik Desa di Engkilili yang tapak pun sudah disediakan dan perkhidmatan klinik desa yang sudah uzur juga tidak sesuai untuk pesakit-pesakit datang yang menunggu masa begitu lama di tempat yang sempit. Jadi saya berharap kedua-dua klinik desa ini dapat dipertimbangkan sewajarnya.

Perkara yang terakhir saya sentuh di sini ialah mengenai keselamatan sempadan. Saya amat kesal dengan pembinaan CIQ di sempadan Kalimantan, Indonesia dengan Malaysia di Krayan Hulu kerana setakat ini telah tergendala dan terbengkalai. Saya berharap pihak yang berwajib mengganti kontraktor yang tidak mampu ini dengan segera kerana projek ini saya anggap paling penting kerana ianya akan dapat mengawal kedatangan PATI-PATI dari Indonesia. Ini kerana Lubok Antu bersempadan dengan Kalimantan dan banyak jalan tikus yang boleh dimasuki dengan senang dari Indonesia. Saya berharap perkara ini diambil tindakan segera oleh pihak berwajib supaya kemasukan PATI-PATI ke Sarawak dan Malaysia amnya dapat dikawal melalui sempadan Lubok Antu yang bolos...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, masa Yang Berhormat.
Tuan William Nyallau [Lubok Antu]: Okey. Oleh itu, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua.. Atas kesediaan memberi peluang kepada saya.Terima kasih.

nampaknya masa tidak cukup untuk menjelaskan segalanya....